Kejadian semalam membuatkan aku lebih senang menyepikan diri. Maaf kepada si pengerusi kerana tidak bersikap profesional. Aku tahu, aku patut ada di sisi kau menyokong kau setiap masa. Membantu kau setiap kali kau memerlukan bantuan.
Tapi kejadian semalam membuatkan aku sangat-sangat down. Sehingga aku tidak hadir ke kolej hari ini. Tidak menghadiri kelas dan meeting. Aku tidak ingin berjumpa dengan dia buat sementara waktu. Takut aku akan hilang sabar. Haihhh~
Kerana dia, aku mengabaikan tanggungjawab aku. Arhhhh~ Maafkan saya si pengerusi, si presiden, pensyarah-pensyarah and kawan-kawan sekalian. Tapi, bukan pada dia. Takkan ada kata maaf lagi untuk dia dan takkan ada penerimaan kata maaf juga dari dia.
Dia. . . hanyalah seorang yang ASING.
Sekian itu saja luahan untuk post kali ini. Selamat malam.