Lately aku sering menghabiskan masa aku dengan membaca novel dan komik. Seperti orang yang tiada wawasan pula sudah. Tapi bagi aku, ianya lagi bagus daripada aku keluar enjoy sampai ke tengah-tengah malam or pagi buta dan menghabiskan duit.
Kerana asyik melayan novel dan komik, otak pun asyik mengkhayalkan kisah cinta yang sama seperti dalam novel dan komik. Mungkin sebab itu laaa aku tidak berjumpa dengan Mr Right lagi. Aku mengimpikan sesuatu yang sukar untuk dikecapi.
Walaubagaimanapun, aku terasa suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan Mr Right aku yang dihantar oleh Tuhan. Mr Right yang sudi menerima aku apa adanya dan bersabar dengan setiap karenah aku. Teehee~
Oh yaaa, kebanyakan rakan-rakan aku memiliki teman disisi sudah. So, aku ingin menggunakan kesempatan ini untuk mendoakan yang terbaik kepada mereka. Semoga mereka bahagia sehingga ke jinjang pelamin. And tak lupa buat si pengerusi, harap akan jumpa soulmate secepat mungkin.
Sekian itu saja celoteh untuk post kali ini.