Start dari hari Sabtu lepas hingga ke hari ini, Isnin, aku hanya duduk di rumah merehatkan diri sementara ada peluang berehat. Minggu ini aku akan ada aktiviti dan busy dengan assignments yang belum mula buat lagi. OmG! Memang cari nahas sungguh aku nie. Teehee~
Pada 22-23 hb September ini aku akan turut melibatkan diri dengan Kem Kepimpinan Mahasiswa MPPD untuk mencari calon MPPD yang sesuai. Well, bagi jawatan aku. Aku telah menetapkan seseorang itu menggantikan aku.
Aku tak perlukan yang mulut manis untuk mengambil hati aku or yang tunjuk rajin bila diminta melakukan kerja. Aku perlukan someone yang rela membantu tanpa diminta and berusaha memberikan yang terbaik. Orang itulah yang akan aku pilih untuk menjadi salah seorang ahli MPPD. Apa-apapun, aku menantikan aktiviti tersebut yang akan diadakan di Port Dickson. Ah~ Nampaknya sunburn lagi laaaa aku nie.
Sekian itu saja celoteh aku untuk post kali ini.