Good times become memories, bad times become good lessons.
Bulan ini masuk bulan ke-lima aku tanpa dia. Tanpa something yang kte panggil cinta. Tapi bagi aku, semua benda yang berlaku di sekeliling aku berjalan dengan lancar. Berat badan menaik walaupun kesibukkan dengan kerja-kerja di kolej memang sangat-sangat terasa.
Kebelakangan ini, aku semakin mem-busy-kan diri dengan tugas sebagai Ketua Semester Enam dalam DPM dan juga sebagai Exco Aktivity dalam MPPD. Namun, disebabkan ketiadaan jawatan Bendahari dalam MPPD, aku terpaksa menganti tugas tersebut. And lastly, pensyarah aku masukkan nama aku dalam urusetia bagi jawatan dalam menguruskan aktiviti bagi budak-budak kolej yang telah tamat belajar di kolej. So, memang penuh laaa tangan aku untuk semester ini dengan proposal yang melambak.
And semestinya semester ni aku berusaha menjalankan tugas aku dengan sangat serius sampai aku rasa maybe ada orang kutuk-kutuk di belakang aku. Well, thanks a lots. Aku memang sangat tegas semester ini sebab aku banyak sangat kerja yang nak kena buat. So, memang pantang sangat bagi aku kalau ada orang tu cakap penat or busy. Even assignments aku untuk semester ini pun tak settle lagi. Minggu depan dah due date kena hantar assignments.
Apapun, aku lega hubungan aku dan dia telah berakhir. Dengan kesempatan ini, aku mem-busy-kan diri sampai aku rasa aku tidak ada masa nak luangkan untuk mencari sebuah cinta. Biarlah semester terakhir ini aku spend masa dengan budak rumah and kelas aku.
Oh yaaaa. Latest punya aktiviti, Program Kepimpinan dan Jati Diri DPM telah diadakan di Port Dickson. Program ini adalah program pertama yang fully under pengawasan aku and dibantu oleh budak-budak kelas aku. Of course laaa aku nakkan yang perfect walaupun pada hari tersebut, tidak semuanya berjalan dengan lancar. Namun, tidak salah merancang bukan?
Sebelum Program Kepimpinan dan Jati Diri itu, DPM juga ada mengadakan majlis berbuka puasa. Semestinya tiap-tiap tahun akan buat event ini. Kami kan sekeluarga walaupun tidak ada pertalian darah.
Berikut adalah gambar-gambarnyaaa ;
Majlis Berbuka Puasa di Perantau Hill (9 August 2012)
Program Kepimpinan dan Jati Diri DPM (9 September 2012)
Sekian itu saja celoteh untuk post kali ini :)